Penapis air Coway model Villaem 2 ini adalah second generation dari model bestseller Coway. Model Villaem 2 ini masih mengekalkan kelebihan model lama iaitu teknologi 4 suhu air yang boleh dilaras dari air panas ke suam dan dari air sejuk ke suhu bilik.
Model ini didatangkan dengan kombinasi warna putih & kelabu pasti nampak elegan dan sesuai dipadankan dengan semua jenis dapur. Rekaan knob pelaras air yang diperbaharui supaya lebih mudah grip dan mesra pengguna.
Mempunyai tangki besar berkapasiti 11.3 Liter dan mempunyai build-in booster pump menjadikan model ni pilihan bagi rumah yang bertekanan air rendah. Jadi tak perlu risau jika tiada air ataupun mempunyai ahli keluarga yang ramai.
Penapis air Coway model ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri jimat elektrik yang sangat bijak dan teknologi Child-Lock yang sangat selamat. Jangan risau jika ada anak-anak kecil yang suka main air kat dapur.